Selasa, 24 September 2013

Kepelbagaian Sumber Di Bumi

      Kepelbagaian Sumber Di Bumi. Bumi ialah satu-satunya planet dalam sistem suria yang mempunyai hidupan. Bumi mengandungi berbagai-bagai sumber yang penting untuk menyokong kesinambungan hidup. Contohnya, air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan hidupan.


a)   Air
*    Air merupakan sumber Bumi yang penting, Air diperlukan oleh semua hidupan. Selain menjadi habitat yang penting, air juga memberi sokongan keapungan kepada hidupan air.

b)   Udara
*      Bumi diselaputi satu lapisan atmosfera yang mengandungi udara. Udara merupakan satu campuran pelbagai jenis gas seperti nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir dan wap air. Udara diperlukan oleh semua hidupan terutamanya untuk bernafas.

c)   Tanah
*      Permukaan Bumi diliputi satu lapisan tanah. Tanah terdiri daripada campuran pasir, lumpur, mineral, udara, air, humus dan mikroorganisma. Humus terbentuk daripada reputan tumbuhan dan haiwan yang mati. Tanah merupakan habitat yang penting kepada pelbagai jenis tumbuhan serta haiwan kecil.

d)   Mineral
*      Terdapat pelbagai mineral yang sangat berguna di dalam kerak bumi. Mineral-mineral ini dicari ganti dan diekstrak untuk memperoleh bahan yang berguna seperti besi, timah, kuprum, aluminium, emas, perak, sulfur serta silikon.

e)   Bahan api fosil
*      Petroleum, gas asli dan arang batu ialah contoh bahan api fosil. Bahan api fosil terbentuk apabila haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mati tertimbus di dalam tanah dikenakan tekanan dan haba yang tinggi selama berjuta-juta tahun. Bahan api fosil merupakan sumber tenaga yang penting untuk pemanasan, pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik.

f)   Hidupan
*     Bumi yang kaya dengan pelbagai sumber alam berupaya menampung berjuta-juta jenis tumbuhan dan haiwan di atas permukaanya. Kewujudan pelbagai jenis hidupan ini membentuk satu sistem alam yang seimbang. Haiwan dan tumbuhan merupakan sumber makanan, bahan api, pakaian dan bahan binaan yang penting untuk kehidupan harian kita.

Biodiversiti

       Apakah biodiversiti ? Kepelbagaian organisma hidup, sama ada haiwan, tumbuhan atau mikroorganisma dipanggil biodiversiti.

Pengelasan haiwan

Haiwan dapat dikelaskan kepada vertebrata dan invertebrata. Vertabrata ialah haiwan yang mempunyai tulang belakang, manakala invertabrata ialah haiwan tidak bertulang belakang.

        Terdapat lima kelas veterbrata, iaitu mamalia, burung, reptilia, ikan dan ambifia. Vertebrata mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :

¤   Berdarah panas atau berdarah sejuk
¤   Jenis litupan bahan
¤   Cara membiak
¤   Jenis organ respirasi
¤   Jenis persenyewaan


Vertebrata

a)   Mamalia  ~

 Mamalia ialah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :
*  Badan diliputi bulu atau rambut
*  Mamalia betina melahirkan anak, kecuali platipus yang bertelur
*  Mamalia betina mempunyai kelenjar susu untuk menyusukan anaknya
*  Bernafas menggunakan peparu

    Contoh mamalia ialah orang utan, ikan paus, ikan lumba-lumba, kucing, kelawar, tenggiling dan singa laut


b)   Burung  ~

Burung ialah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :
*  Berdarah panas
*  Bernafas menggunakan peparu
*  Melakukan persenyawaan dalam
*  Membiak secara bertelur

     Contoh burung ialah helang, merpati, burung gagak, burung pipit, burung unta, kiwi dan penguin


c)    Reptilia  ~

Reptilia ialah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :
*  Berdarah sejuk, iaitu tidak dapat mengawal suhu badan yang tetap
*  Bernafas menggunakan peparu
*  Melakukan persenyewaan dalam
*  Kebanyakan membiak secara bertelur

    Contoh reptilia ialah kura-kura, penyu, biawak dan ular sawa


d)   Ikan  ~

Ikan ialah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :
*  Badan diliputi sisik yang berlendir
*  Bernafas menggunakan insang
*  Berdarah sejuk
*  Melakukan persenyewaan luar

    Contoh ikan yu, ikan pari, ikan talapia ikan emas dan belut. Ikan menggunakan sirip dan ekor untuk membantunya berenang di dalam air


e)    Amfibia  ~

Ambifia ialah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya yang berikut :
*  Berkulit lembap dan terdedah
*  Berdarah sejuk
*  Anak amfibia seperti berudu bernafas menggunakan insang
*  Melakukan persenyewaan luar


Invertebrata

a)    Ketam  ~

*  Badan dilindungi cangkerang keras
*  Mempunyai kaki bersengmen
*  Membiak secara bertelur


b)   Lelabah  ~

*  Badan dilindungi kutikel
*  Mempunyai 4 pasang kaki
*  Membiak secara bertelur


c)   Kupu-kupu  ~

*  Bersayap dan mempunyai antena di kepala
*  Mempunyai 3 pasang kaki
*  Membiak secara bertelur


d)   Cacing tanah  ~

*  Badan lembut yang bersegmen
*  Tidak berkaki
*  Membiak secara bertelur

Selasa, 17 September 2013

Tekanan Udara

       Apakah maksud tekanan udara ? Tekanan udara berlaku apabila anda meniup udara ke dalam dinding belon itu. Tekanan udara yang wujud di dalam belon inilah yang menyebabkan belon tersebut mengembang.


Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara adalah sebagai bukti  :



a) Tinggi rendahnya tempat


¤   Semakin tinggi sesuatu tempat, lapisan udaranya semakin tipis dan semakin rengang. Akibatnya tekanan udara semakin rendah. Tekanan udara di sesuatu tempat pada umunya dipengaruhi oleh pen yinaran matahari. Daerah yang banyak mendapat sinaran matahari mempunyai tekanan udara yang rendah dan daerah yang sedikit mendapat sinaran matahari mempunyai tekanan udara yang tinggi.

¤    Tekanan udara pada suatutempat berubah sepanjang hari. Alat pencatat udara dinamakan balograf.  Pada barograf tekanan udara sepanjang hari tergores pada kertas yang dinamakan barogram. Bila hasilnya dibaca secara teliti, maka tekanan udara tertinggi terjadi pada pukul 10:00 ( pagi ) dan pukul 22:00 ( malam ) dan tekanan udara terendah udara terendah terjadi pada pukul 04:00 ( pagi ) dan pukul 16:00 ( sore ) .



b) Temperature


 ¤    Jika temperature udaranya tinggi, maka volume molekul udara berkembang sehingga tekanan udara menjadi rendah sebaliknya jika temperature udara menjadi kecil maka tekanan udara yang rendah menjadi tinggi.

Selasa, 20 Ogos 2013

Apakah itu Sains ?

Apakah yang anda tahu tentang sains ? Sains ialah suatu ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang segala benda dan kejadian dalam alam sekitar. Cuba anda perhatikan fenomena semula jadi yang berlaku di sekeliling anda dan kaitannya dengan sains.

Faktor yang menunjukkan beberapa contoh fenomena semula jadi ialah :

¤ Bola yang dilambung akan jatuh ke tanah.
¤ Tumbesaran manusia.
¤ Pembentukan pelangi.
¤ Pencairan ais.
¤ Pembentukan embun pada waktu pagi.

          Imbas kembali segala yang telah anda pelajari semasa di sekolah rendah dan berikan beberaoa contoh lain bagi fenomena semula jadi.

Kepentingan sains  dalam kehidupan harian..

Bagaimanakah sains mempengaruhi kehidupan kita ?

Berikut menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan harian :

¤ Perubatan.
¤ Perindustrian.
¤ Pengangkutan.
¤ Pertanian.
¤ Teknologi maklumat dan komunikasi.

Kerjaya dalam sains..

Terdapat pelbagai cabang ilmu sains. Oleh itu, banyak kerjaya profesional yang berkaitan dengan sains yang boleh diceburi murid-murid. Apakah kerjaya yang berkaitan dengan sains ?

           Tersebut telah menunjukkan beberapa kerjaya yang berkaitan dengan sains. Cuba anda berikan beberapa contoh kerjaya lain yng berkaitan dengan sains..

¤ Ahli meteorologi
¤ Ahli geologi
¤ Guru sains
¤ Saintis alam sekitar
¤ Doktor
¤ Jurutera
¤ Angkasawan
¤ Ahli farmasi


            Apakah cita-cita anda apabila dewasa nanti ? Jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang sains, anda perlu mempunyai pengetahuan sains yang kukuh.

            Sebagai contoh, jika anda memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, anda perlu mahir dalam subjek fizik manakala jika anda berminat menjadi seorang doktor, anda perlu mahir dalam subjek biologi..